MYS Press: Mengejar Naga Zhangjiajie

W

wes

Guest
<font color="0000ff">Photo at URL below </font>
<font color="ff6000">A long shot ... who here reads 'Malay'?</font>

<u>BERNAMA</u> (Malaysia) 06 April 06 Mengejar Naga Zhangjiajie (Oleh Tham Choy Lin)
Zhangjiajie (Hunan): Penduduk di bahagian dunia ini khususnya bangga dengan `naga' mereka dan percaya keturunan haiwan samawi itu hidup bersama mereka sekarang ini.
Dalam realiti, salamander gergasi China (Andrias Davidianus)} tidak sedikitpun membayangkan lambang kuasa seperti dalam mitos Cina. Lagipun, ia tidak mempunyai sayap dan kulitnya yang bertompok-tompok, dengan warna perang gelap, hijau dan hitam, dan tidak bersisik.
Tetapi amfibia kepala rata ini dengan mata kecil dan tanpa kelopak mata mengingatkan zaman Jurassic. Fosil leluhurnya telah ditemui jauh di pedalaman Mongolia dengan zaman hidupnya diterbelakangkan hingga ke lebih 165 juta tahun.
Di satu kampung terpencil yang diapit oleh gunung-ganang di Wilayah Sanzhi, beribu-ribu haiwan ini ditetas dan dibebaskan ke alamnya oleh bekas petani Wang Guoxin.
Penduduk tempatan percaya mereka berasal daripada naga. Pada zaman dahulu, mereka mungkin tiga atau empat meter panjang, kata Wang yang berusia 55 tahun semasa keluar daripada stesen penyelidikan beliau, satu terowong gelap sejauh 600m yang digalinya jauh ke dalam bukit batu kapur.
Ayah Kepada Wawayu
Wang kini merupakan pengarah kawasan perlindungan pertama dalam wilayah itu untuk menyelamatkan spesies di ambang kepupusan itu yang dikenali kepada warga tempatan sebagai wawayu, yang secara literal bermakna bayi, kerana bunyi yang dikeluarkan oleh salamander semasa mengawan bagaikan tangisan bayi.
Kerajaan telah menghulurkan sumbangan kewangan bagi petani itu yang mengabdikan dirinya bagi kerja-kerja melindungi salamander sejak 30 tahun yang lepas, lapan daripadanya dalam gua-gua untuk belajar bagaimana salamander membiak.
Dalam usahanya itu Wang bukan sahaja kehilangan hujung jari telunjuk kanannya yang digigit oleh seekor salamander ganas tetapi juga ibunya yang lemas dalam sungai pada 2003 semasa mencari salamander.
Tanah Naga
Bukan sukar untuk mengetahui mengapa penduduk tempatan percaya mereka berada di tengah-tengah tanah naga. Fosil lengkap dua ekor dinosaur telah digali di Wilayah Sanzhi.
Lebih banyak fosil dipercayai tertanam di sekeliling kawasan pergunungan di kawasan pedalaman ini yang merupakan kawasan tanaman biji sesawi yang digunakan untuk membuat minyak masak dan bahanapi-bio.
Dalam terowong pembiakan Wang, beratus-ratus anak salamander berenang dalam air sejuk gunung yang disalurkan ke kolam-kolam yang disusun secara selari.
Untuk sampai ke kawasan perlindungan itu perjalanan atas jalan tidak berturap merentasi lembah dan lurah banjaran gunung menyebabkan seluruh tubuh sakit.
Mungkin segelintir yang akan menikmati perjalanan ini dan bilangan yang lebih kecil lagi akan mendapat peluang untuk ke sana. Kawasan perlindungan itu adalah kawasan larangan bagi orang ramai dan sebarang lawatan perlu diatur terlebih dahulu.
Habitat Semulajadi
Dalam habitat semulajadi, salamander hidup di celah-celah rekahan di tepi anak-anak sungai di kawasan pergunungan. Haiwan yang nampak malas di darat ini bertukar cergas dalam air. Ia memakan ikan, ketam dan organisme hidup lain dalam air pada waktu malam.
Wang memiliki dua paten untuk pembiakan bukan semulajadi bagi salamander Cina yang merupakan yang terbesar di dunia berbanding yang ditemui di Jepun dan Amerika Syarikat.
Salamander mengeluarkan sehingga 800 biji telur setiap kali ia bertelur tetapi bukan kesemuanya yang akan menetas menjadi `berudu' tiga sentimer panjang yang apabila dewasa boleh mencapai 1.8m. Ia hanya boleh membiak dalam persekitaran suhu yang sesuai iaitu antara 18 dan 20 darjah Celsius.
Haiwan kesayangan Wang yang terbesar dan tertua adalah seberat 65kg dan berukuran 1.6m dari kepala hingga ekor. Ia ditangkap di habitat semulajadinya 30 tahun yang lepas.
Para pekerja di kawasan simpanan itu menamakannya Chunchun, sempena dengan nama maskot Festival Pemuliharaan Hutan Zhangjiajie yang diadakan sejak 1991.
Masa Depan Salamander
Wang percaya beliau telah membebaskan sehingga 20,000 salamander ke habitat semulajadi mereka, yang pada satu ketika bilangannya merosot kerana permintaan baginya untuk dijadikan haiwan kesayangan dan bagi dagingnya yang dikatakan enak.
Salamander walaupun dalam kategori haiwan terlindung dipercayai menjadi buruan manusia kerana dagingnya yang mahal.
Terdapat beberapa lagi tapak perlindungan salamander di China. Salamander boleh ditemui di kawasan bergunung dari ketinggian 200m hingga 1,000m di atas paras laut khasnya di hulu sungai Yangtze, Yellow dan Pearl.
Wang berkata beliau tidak mengeksport salamander.
Ia bukan mudah untuk mewujudkan persekitaran sesuai bagi mereka, tempat ini sahaja yang sesuai bagi mereka kerana di tempat inilah mereka akan membesar dan membiak dengan baik tanpa gangguan manusia, katanya.
http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=255312
 
General chit-chat
Help Users
  • No one is chatting at the moment.
  • Newt Rancher:
    Hey Jamiee this is Rodger from Calgary we chatted a few years back. Do u still keep these newts?
    +1
    Unlike
    Newt Rancher: Hey Jamiee this is Rodger from Calgary we chatted a few years back. Do u still keep these newts? +1
    Back
    Top